puisi cinta yg datang
dari hati....
Aku pasti punya
masalah
Tiap kali ingin
menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa
cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang
akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku
setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau
menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau
aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau
aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau
aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah
sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu
tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-manaTapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan
malam,
Setiap guruh dan
hujan,
Setiap panas dan
terik,
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada
Tuhan,
Agar kau, bukan
sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri
yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke
hidupku,
Selamat menjadi
isteriku.
Selamat menjadi ibu
pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi
menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik
dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi
keluargaku.
Selamat menjadi
pelengkap hidupku.
Selamat menjadi
separuh dari aku.
Copy jer....huhuhuhu
Copy jer....huhuhuhu
No comments:
Post a Comment