Mieyraa Danielle

Mieyraa Danielle

Thursday, 8 December 2011


Wahai Perempuan...
perempuan di uji di dunia..
kena pakai tudung
kena pakai stokin
kena tutup aurat... dengan sempurna
kena banyak fitnah
kena taat perintah suami
kena menjaga maruah diri
tak boleh berlebihan dalam berhias

di akhirat...

sabar + redha = insyaAllah syurga menanti

lelaki di beri kemudahan di dunia....
tak payah pakai tudung
tak payah pakai stokin
aurat senang di jaga
tak risau dengan fitnah
mudah nak buat apa saja

di akhirat...
tanggung dosa diri sendiri
dosa isteri
dosa anak2
dosa tgnjawab yg tak di buat
dosa tak beri nafkah
dosa tak menjaga pandangan
dosa adik2
dosa sesama manusia
dosa tak solat
dan lain2....

sabar + redha belum cukup kerana lelaki akan ditanya tanggngjawab mereka di buat atau tidak di dunia..

kalau melakukan tanggungjawab dengan baik = insyAllah syurga menanti

itulah kelebihan yg Allah berikan...lelaki dan perempuan masing2 ada kelebihan dan Allah itu maha adil....janganlah kita merungut dan tidak redha atas apa yg dah ditentukan oleh kita...apa yang kita ada..itulah yg terbaik buat kita yg Allah ciptakan..bersykurlah :)


Copy N Paste
 

Buat mereka yg membaca post ini...kesahihan ttg asalnya wanita ini masih Admin k...aji ...Admin masih mencari hadis atau ayat al quran mengenainya..seperti Admin mencari kebenaran yg mengatakan wanita punya nafsu 9 dan akal 1 dan admin sudah menjumpai jawapannya...ttg post ini admin masih mencari...seseiapa yg ada pandangan atau jawapan sama2 kita bincangkan ok?
~babylove~

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.


Copy N Paste

[Renungan Bersama]
Seorang wanita/lelaki yang berani meletakkan in a relationsh...ip with kekasih bukan mahramnya itu ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah/muslimin kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya, seperti ishtiharkan kemaksiatan. Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan Rasulullah SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Rasulullah SAW menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Copy jer..

 
:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Copy N paste
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
... gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Huhuhuhu..... Fikir2kan la yerrr..